KEVII, SAINA & JUMBO MRSM AG
Selepas menjalinkan kerjasama dengan beberapa kelab ragbi amatur Malaysia seperti Southern Oilers Rugby Club, Kemaman Rugby, SJAA Rugby & ARC Knights, Forfit melangkah ke tahun 2026 dengan kerjasama baharu melibatkan pasukan-pasukan Super Schools Rugby 2026.
Mewakili SSR Premier, jenama ini bekerjasama dengan sebuah pasukan dari utara, SAINA.
SAINA merupakan Runner-Up Plate bagi kejohanan SBP Sevens yang berlangsung baru-baru ini di STAR.
King Edward VII merupakan rakan kolaborasi Forfit bagi peringkat SSR Academy. Sebuah sekolah yang gah dengan tradisi ragbi sejak 1883 dan juga merupakan antara institusi pendidikan yang tertua di Malaysia.
Manakala bagi SSR Challenge, MRSM Alor Gajah Jumbo Rugby merupakan rakan kolaborasi Forfit bagi kategori ini. Sebuah sekolah yang menjadi pilihan untuk menjuarai SSR Challenge tahun ini berbekalkan keputusan dan persembahan menakjubkan yang dipamerkan pada edisi lepas.
Kesemua peminat pasukan ini dan peminat sukan ragbi khususnya boleh mendapatkan koleksi khas 2026 Schools Rugby Forfit melibatkan ketiga-tiga pasukan ini mengikut tarikh pelancaran tersebut.
King Edward VII: 4 April 2026
SAINA: 7 April 2026
Jumbo MSRM AG: 10 April 2026
Kesemua tempahan adalah melalui pra-tempah, dan hadir dalam dua edisi iaitu Athletic Player Edition & Supporter Edition.
Link untuk tempahan:
https://forfit.my/product-category/collaboration/king-edward-vii/
Dapatkan kesemua koleksi ini dan paling penting, sokong pembangunan ragbi negara kita.

