SHIP within 10 DAYS. Custom made your jersey now!
Skip to main content

Siber Kraken, kelab sosial dari Shah Alam memulakan tahun 2026 dengan langkahan yang bertenaga dengan memetrai perjanjian kerjasama strategik dengan beberapa syarikat lokal berpusat sekitar Lembah Klang. 
 
Majlis yang diadakan di Freka Studio itu menyaksikan pasukan Siber Kraken yang diwakili presiden serta komuniti pemain mereka berkumpul bersama-sama wakil penaja dan rakan strategik lain bagi Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama yang dimulakan tepat pada pukul 8.40 malam, 8 Januari 2026. 
 
Disokong oleh rakan strategik lain seperti Unixis, Forfit, RealestMY & Alpha Varsity, majlis ini menjadi simbol kesungguhan sebuah kelab sosial dalam memastikan tahap pengurusan kelab di tahap yang tertinggiserta menyerlahkan lagi visi dan misi dalam memastikan kelangsungan kelab. 
 
Pada majlis yang sama juga, jersi terbaharu Siber Kraken 2026 dipersembahkan kepada hadirin yang datang secara tertutup sebelum kemudiannya dilancarkan secara rasmi di media sosial 2 hari selepas itu iaitupada 10 Januari 2026 di semua media sosial kelab. 
 
Untuk tahun 2026 ini, jersi Home pasukan Kraken bakal dijual secara online di laman web Forfit dalam 2 versi; Fans (Supporter Edition) & Player (Pro Fans Edition). Jersi Player akan dijual pada harga RM79 yang mana jersi ini memberi kelainan dari segi penggunaan tatami patch pada emblem kelab termasuk applied vinyl untuk logo-logo penaja yang lain serta tambahan name set. 
 
Manakala Unixis Sport Store & Alpha Varsity pula akan mula menjual secara fizikal di kedai masing-masing bermula Februari 2026. Ini merupakan satu langkah yang menarik daripada sebuah kelab sosial yang cuba untuk memastikan jersi pasukan mendapat capaian yang meluas secara online dan juga fizikal.

Penganjuran majlis sebegini juga menunjukkan bahawa pengurusan Siber Kraken bersedia untuk memastikan kelansungan kelab sosial seperti ini untuk mewarnai budaya bola sepak di sekitar Lembah Klang ini.

Ini juga tentu sekali disokong oleh komuniti mereka yang sentiasa memenuhi setiap perlawanan dianjurkan serta pembinaan media sosial mereka yang sentiasa up-to-date dengan trend & grafik terkini. 
 
Majlis yang berakhir pada 9.15 malam itu bakal menjadi lembaran baharu untuk pasukan serta rakan penaja bagi mendapat momentum yang cemerlang memulakan tahun baharu ini. 

Ariff Ashman

Forfit

Leave a Reply