Perasmian Jersi Kelana United 2023
2023 bakal menyajikan lebih banyak aksi & persembahan yang memukau oleh Kelana United, yang kini diwakili oleh 3 pasukan yang bertanding dalam 3 kategori berbeza – pasukan senior yang mengimpikan peluang layak sekali lagi ke Selangor Champions League, pasukan bawah-19 di Liga u-19 FA Selangor & pasukan wanita di FAS Womens’ Super League.Â
Â
Sehubungan itu, FORFIT® meneruskan lagi kerjasama yang terjalin bersama Kelana United untuk tahun kedua berturut-turut untuk membekalkan kit utama pasukan – Home & Away bagi tahun 2023. Sebuah majlis pelacaran jersi pasukan Kelana United 2023 telah dianjurkan oleh FORFIT® di Gamesmy Studio, UIAM Gombak bagi meraikan pelancaran ini.Â
Â
Majlis dihadiri oleh Presiden Kelana United, Dato Rosal Azimin, Timbalan Presiden, Coach Fairuz Montana serta barisan pengurusan, jurulatih dan pemain-pemain Kelana United. Keseluruhan ahli pasukan FORFIT® juga turut hadir dengan En. Tuah, CEO Freka Sdn Bhd (syarikat pemegang jenama FORFIT®) turut serta menyampaikan ucapan.Â
Â
Di dalam ucapan oleh Presiden Dato Rosal Azimin, beliau menegaskan bahawa Kelana United sangat menghargai peluang kerjasama ini dan berharap agar Kelana United serta FORFIT® dapat bersama-sama membangun dalam industri bola sepak tempatan ini. Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada Gamesmy Studio yang memberi penajaan tempat acara yang begitu memuaskan.Â
Â
Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata, dan seterusnya ‘exhibition match’ FIFA 23 diantara Kelana United menentang FORFIT®. Barisan pengurusan Kelana United & tetamu-tetamu kemudiannya dijamu dengan hidangan istimewa tajaan Rush Roastery, sebuah jenama kopi tempatan yang semakin meningkat naik.Â



